7 lelaki diberi amaran kerana berseluar pendek di Kelantan
7 lelaki diberi amaran kerana berseluar pendek di Kelantan
KOTA BHARU: Tujuh lelaki yang memakai seluar pendek paras paha diberi notis amaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) atas kesalahan aurat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, notis itu dikeluarkan kepada mereka yang berusia belasan tahun hingga 20-an di sebuah kedai di Tanah Merah, Jumaat lalu.
Katanya, operasi bersepadu itu diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Operasi dijalankan selepas mendapat aduan awam mengenai perniagaan shisha di situ dan hasil operasi terdapat lelaki yang mendedahkan aurat.
“Notis amaran dikenakan mengikut Seksyen 23 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi itu turut menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2009.
Mohd Fadzuli berkata, PKD juga mengeluarkan 11 kompaun mengikut kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM1,900, manakala lima kompaun RM1,500 mengikut Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai RM1,500.
Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek [VIDEO]
7 lelaki diberi amaran kerana berseluar pendek di Kelantan
- Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim
- Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang
- Majlis Peguam yang membosankan.
- Apa alasan untuk tidak membebaskan Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi