‘Pengislaman 3 anak tak langgar undang-undang’ – Haniff Khatri

‘Pengislaman 3 anak tak langgar undang-undang’ – Haniff Khatri

'Pengislaman 3 anak tak langgar undang-undang' - Haniff Khatri
Ibu tunggal, Loh Siew Hong (kiri) sebelum ini memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penukaran agama anak-anaknya oleh bekas suaminya yang memeluk Islam. – NSTP/FATHIL ASRI.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengislaman tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong, tanpa kebenaran ibu mereka tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), ketika berhujah berkata, ia sejajar Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 yang memperuntukkan hanya kebenaran daripada ibu atau bapa diperlukan dalam menukar agama anak mereka kepada Islam.

Peguam itu berkata, pemakaian keputusan kes dibuat Mahkamah Persekutuan iaitu Indira Gandhi lawan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dalam permohonan semakan kehakiman Siew Hong adalah tidak tepat kerana terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kes.



“Dalam kes Indira Gandhi, si ibu berada di rumah dan sentiasa bersama kanak-kanak itu, tetapi dalam kes ini, pemohon tidak ada di rumah bersama anak-anaknya selama dua tahun.

“Maka, sewaktu pengislaman dibuat, bapa kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa keberadaan ibu anak-anaknya tidak diketahui.

“Oleh itu, isu kebenaran tidak timbul dan fakta ini juga tidak dinafikan oleh pemohon sendiri dalam afidavit mereka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Perlis, Mohd Radhi Abas berhujah tafsiran betul untuk perkataan ‘ibu bapa’ seperti termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bermaksud tunggal iaitu sama ada ibu atau bapa.



Jelas Mohd Radhi, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang di bawah usia 18 tahun hendaklah diputuskan ibu bapa (ibu atau bapa) atau penjaganya.

Beliau berkata, terdapat 13 peruntukan dalam Perlembagaan di mana perkataan ibu atau bapa atau ibu bapa digunakan dan perkataan ini mesti dibezakan, di mana Parlimen berhati-hati dalam menggunakan perkataan ibu bapa dalam bentuk tunggal atau ibu bapa dalam bentuk jamak dalam Perlembagaan.

Peguam Siew Hong, A Srimurugan berhujah sebaliknya apabila memaklumkan penukaran agama tiga kanak-kanak itu yang dibuat ketika undang-undang sedia ada berhubung penukaran agama kanak-kanak bawah umur kepada Islam secara unilateral (sebelah pihak) adalah tidak sah di negara ini.

Beliau berkata, penukaran agama kepada Islam ketiga-tiga kanak-kanak itu, iaitu pasangan kembar berusia 15 tahun dan seorang lagi berusia 11 tahun sememangnya dilakukan tanpa kebenaran ibunya dan fakta itu tidak dipertikaikan.



Peguam itu berkata, oleh kerana fakta itu sudah dibuktikan dalam prosiding semakan kehakiman difailkan Siew Hong bagi mencabar penukaran agama anak-anaknya oleh bekas suaminya yang memeluk Islam, maka satu-satunya isu yang perlu diputuskan adalah mengenai status sah penukaran terbabit.

Srimurugan memetik kes Indira Gandhi di mana mahkamah memutuskan bahawa penukaran agama kanak-kanak bawah umur kepada Islam secara unilateral adalah tidak sah.

“Berdasarkan tafsiran Perkara 12(4) perlembagaan dibaca bersama Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan, dan Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak, adalah disimpulkan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pendapat peguam responden bahawa fakta dalam kes Indira Ghandi boleh dibezakan daripada kes ini adalah tidak boleh dipertahankan kerana fakta utama dalam kedua-dua kes membabitkan penukaran agama secara unilateral kanak-kanak, yang menjadi persoalan utama untuk ditentukan mahkamah.



“Dalam keadaan itu dan berdasarkan prinsip stare decisis (penghakiman mahkamah lebih tinggi mengikat mahkamah bawahan), dengan ini mahkamah terikat dengan kes Indira Ghandi, ” katanya.

Selepas mendengar semua hujahan melalui prosiding secara dalam talian, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan 11 Mei ini bagi membacakan keputusan.

Muhyiddin digesa gugurkan Khairuddin dari Kabinet – Haniff Khatri Abdullah



‘Pengislaman 3 anak tak langgar undang-undang’ – Haniff Khatri


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading