5 lelaki buat tuntutan palsu selenggara sekolah RM2.5j

5 lelaki buat tuntutan palsu selenggara sekolah RM2.5j

5 lelaki buat tuntutan palsu selenggara sekolah RM2.5j
Lima lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes tuntutan palsu kerja penyelenggaraan, tambah baik dan baik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, berjumlah lebih RM2.5 juta.

SHAH ALAM: Lima lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.5 juta.

Perintah reman terhadap semua tertuduh berusia lingkungan 40 tahun hingga 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syuhada Abdullah di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuntutan berkenaan membabitkan kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.



Semua mereka ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

5 lelaki buat tuntutan palsu selenggara sekolah RM2.5j


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button