Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri

‘Saya Tak Nak Susahkan Datuk Red, Dia Tengah Down’

Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri

Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri

Penyanyi, Adira Suhaimi menjelaskan keputusan untuk tidak menuntut nafkah iddah dan mutaah daripada bekas suami, Datuk Red adalah atas kehendaknya sendiri.Tak tuntut apa-apa

Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri



Menurut peguam syarie yang mewakili Adira iaitu Nor Saidah Zakaria, Datuk Red juga bersetuju untuk melepaskan anak guamnya dengan syarat penyanyi itu tidak menuntut apa-apa hak ke atasnya.

Datuk Red bersetuju untuk cerai kalau Adira tidak menuntut apa-apa. Tapi keputusan itu pun atas kehendak Adira sendiri.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dia tidak mahu apa-apa daripada Datuk Red kerana memahami situasi bekas suaminya kini dalam keadaan susah.

Yang saya pasti, saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red. Yela, dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia.



Saya percaya kalau rezeki dia murah, ada bahagian untuk anak-anak saya.

Sementara itu, penyanyi lagu Pujaan Hati ini berkata dia tidak menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Buat masa sekarang, anak-anak saya yang jaga. Tetapi tidak menghalang sekiranya dia ingin menjenguk, mengikut persetujuan kami sendiri.

Saya tak beritahu anak-anak. Tapi mereka mesti akan tahu. Sebab mereka pun sudah pandai membaca.



Hari ini, Adira sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.



Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button