Alasan lapuk Lupa, tidak sengaja tak jalan

MELAKA: Terlupa dan tidak sengaja itu alasan ‘popular’ diberi oleh perokok ketika ditahan selepas didapati mereka ini merokok di kawasan premis makanan.

Meskipun sudah tergantung tanda larangan merokok di kedai makan mahupun restoran, ia bagaikan tidak membawa apa-apa makna dan sekadar hiasan di dinding.

Dalam operasi Ops Mega Bersepadu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) dijalankan selama dua hari yang berakhir malam tadi, sebanyak 150 notis dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).



Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata menerusi operasi itu sejumlah RM41,250 nilai kompaun ditawarkan pihaknya hasil daripada kesemua notis kesalahan dikeluarkan.

Beliau berkata, rata-rata premis sudah mempamer dan meletakkan tanda larangan merokok namun

kebanyakan perokok masih degil serta mementingkan diri tanpa memikirkan keselamatan diri orang sekitar mereka.

“Dalam operasi dua hari ini, sebanyak 80 premis diperiksa dan hasilnya 141 notis kesalahan dikeluarkan kepada individu selepas didapati merokok di kawasan larangan, khususnya di premis makanan.



“Sembilan lagi notis dikeluarkan kepada pemilik premis kerana didapati tidak meletakkan dan gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta tiada usaha melarang pelanggannya daripada merokok di kawasan premis.

“Meskipun ada yang memberi alasan terlupa dan tidak ingat ia sepatutnya tidak berlaku kerana ia bukan perkara baharu dan menjadi tanggungjawab individu itu mengikut peratura sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat operasi yang turut disertai Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem, di Bukit Beruang, lewat malam tadi.

Rusdi berkata, operasi dua hari itu tertumpu sekitar Melaka Tengah, kerana aduan banyak diterima di kawasan terbabit meskipun begitu, daerah lain juga dalam pemerhatian JKNM dan operasi sama akan dijalankan secara berterusan.



“Sehingga 12 Mei 2023 JKNM menerima sebanyak 107 aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap larangan merokok di kawasan awam khususnya di tempat makan.

“Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga April tahun ini, sebanyak 886 notis di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sudah dikeluarkan dengan 207 daripada dikeluarkan di tempat makan dan amaun kompaun ditawarkan berjumlah RM204,1000,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading