Anwar mulakan lawatan rasmi ke China
Anwar mulakan lawatan rasmi ke China
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi empat hari di China apabila selamat tiba di pulau Hainan yang terletak 2,666 km dari Beijing, di selatan negara itu, petang ini.
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Qionghai Bo’ao diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
“Lawatan ini cukup bermakna bukan sahaja bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Putrajaya – Beijing yang terjalin sejak 1974 malah, amat besar harapan agar China kekal sebagai antara rakan dagang terbesar kita,” katanya dalam kenyataan.
Anwar disambut Menteri Luar, Senator Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.
Beliau dijadual menghadiri serta menyampaikan ucaptama di Boao Forum for Asia Annual Conference 2023 (BFA 2023).
Persidangan itu juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri China Li Qiang, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez; Perdana Menteri Ivory Coast, Patrick Achi dan Perdana Menteri Kazakhstan, Alikhan Smailov.
Turut dijangka hadir ialah Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva. – UTUSAN
Anwar mulakan lawatan rasmi ke China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa
- Berapa kekayaan sebenar Tun Daim?
- “Macam Bagi Kucing Je YB” – Hanafiah Mat Dikritik
- Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh