Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing

Tapi Pilih 'Senyap'; "Ramadan Ni, Jawapan Tu Agak Sensitif

Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing

Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing
Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing

Sedar namanya diperkatakan gara-gara berkongsi makanan dengan kucing peliharaannya, pelakon Nabila Huda tampil menjawab kritikan netizen terhadap dirinya.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Nabila atau Abil, 39, berkata dia mempunyai jawapan untuk membalas kepada semua pihak yang mengecam dirinya namun dia lebih senang untuk tidak berkongsikan perkara itu kepada umum demi menghormati bulan Ramadan.

“Kemaen (bukan main) orang komen geli pasal Abil share milk dengan kucing saya tu.  Sebenarnya Abil ada jawapan nak balas kepada semua.



“Tapi bulan Ramadan ni, jawapan tu agak sensitif. Takpe, saya simpan.  Rasa tak manis pula sebab jawapan tu boleh buat orang imagine dan malu sendiri nanti,” tulis Abil.

Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen memahami tindakan Abil itu yang hanya boleh difahami oleh pencinta kucing sahaja.

“Orang yang ada kucing sahaja yang faham, Abil.  It’s okay.



“Let them be, semoga banyak pahala Abil.   Murah rezeki bulan baik ni.

“Kucing saya pun suka je cilok susu mama dia minum.  Daripada cawan yang sama ya.  Kita bela dia macam anak wahai netizen, haha so isu geli tu apooo,” komen sebahagian netizen.

Terdahulu, anak kepada rocker Amy Search itu berkongsi video memaparkan dia sedang menikmati bijirin coklat sambil berkongsi susu bersama kucingnya, Akiko dalam satu mangkuk yang sama.

Susulan itu, ramai tampil mengecam tindakan Abil yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepadanya sekiranya berkongsi dalam satu bekas makanan atau minuman yang sama dengan binatang peliharaan.



Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

Nabila Huda Nak Balas Isu Kongsi Minum Susu Dengan Kucing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button