Tiket aksi terakhir Arsenal dijual lebih RM288,000

LONDON: Tiket perlawanan terakhir Arsenal berdepan Wolves dijual di pasaran pada harga mengejutkan £53,000 (RM288,328) setiap keping.

Penyokong Gunners mengimpikan untuk melihat pasukan mereka merangkul trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 28 Mei.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini lapan mata di depan juara bertahan, Manchester City dalam pemburuan gelaran EPL – walaupun skuad kendalian Pep Guardiola masih ada satu aksi dalam tangan.



Arsenal menyasarkan untuk menang mahkota liga pertama sejak 2004.

Ketika wujudnya rasa teruja dalam kalangan penyokong Gunners, ada sebahagian yang mengambil peluang di laman sesawang menjual semula tiket bagi mendapatkan keuntungan besar.

Penyokong yang mahu membeli tiket daripada pihak tertentu perlu membayar lebih 1,000 pound.



Dan sepasang tiket untuk tempat duduk bawah kini memasuki pasaran dengan harga mengejutkan £53,000 (RM288,328).

Biasanya tiket paling mahal di Centre Upper – ialah £131 (RM712).

Ketika penyokong Arsenal makin teruja, penyokong pasukan lain berjenaka bahawa ada sebahagian antara mereka membayar harga yang mahal untuk melihat pasukan kegemaran itu hanya di kedudukan kedua.

Seorang berkata: “Untuk melihat Man City merangkul trofi di skrin besar?”



Seorang lagi menerusi ciapan di Twitter berkata: “Pastinya gembira dapat menjualnya pada harga seperti itu dan City kemudian menang liga.”

Ada lagi memberi komen: “Itu wang yang amat banyak untuk melihat mereka tidak dapat apa-apa.”

Penyokong Arsenal sebaliknya tidak gembira dengan pihak yang cuba mendapatkan keuntungan besar.

“Setiap orang yang menjual tiket dengan harga melebihi 50% daripada pembelian sepatutnya dikenakan denda…” kata seseorang menerusi Twitter.



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading