Mula bina rumah untuk mangsa gempa bumi

Mula bina rumah untuk mangsa gempa bumi

Mula bina rumah untuk mangsa gempa bumi
KANAK-KANAK Afghanistan bermain di hadapan khemah perlindungan selepas kediaman mereka musnah akibat gempa bumi di pedalaman Herat 15 Okt lalu. FOTO AFP.

Kabul: Afghanistan telah memulakan projek pembinaan rumah untuk penduduk yang terjejas akibat gempa bumi di wilayah Herat, lapor Xinhua.

“Kerja-kerja untuk membina 2,146 rumah di Herat telah pun bermula,” kata ketua jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan, Zabiullah Mujahid, pada Rabu.

Fasa awal projek berkenaan dilaksanakan di Siah Ab yang terletak di Zindajan, daerah yang paling terjejas teruk akibat gempa bumi itu.



Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter telah melanda Herat dan wilayah Badghis dan Farah pada 7 Okt lepas, menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Menurut pemangku Timbalan Perdana Menteri Mullah Abdul Ghani Baradar, kira-kira 1,500 rumah musnah dalam bencana itu.

Mula bina rumah untuk mangsa gempa bumi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading