Tiga peragut ditahan di lokasi berasingan

Kulim: Tiga lelaki yang terbabit dalam kes ragut di Taman Akasia di sini, Isnin lalu, ditahan di tiga lokasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, ketiga-tiga suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan di sekitar Junjong di sini, serta Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

Beliau berkata, suspek ditahan jam 4 hingga 5 petang semalam, hasil daripada risikan serta maklumat awam.



“Suspek meragut beg tangan seorang wanita yang sedang berjalan kaki ke tempat kerjanya di Taman Akasia, jam 8.45 pagi Isnin lalu.

“Suspek yang membonceng Honda EX5 meragut beg tangan mangsa yang disandang di bahu kanannya,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, mangsa yang kehilangan antaranya wang, dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit membuat laporan di balai polis berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Kami turut merampas motosikal yang dipercayai digunakan suspek untuk meragut selain barangan milik mangsa.



“Semakan mendapati, ketiga-tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah Methamphetamine.

“Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Kulim hari ini, untuk mendapatkan perintah reman,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading