Lima nelayan diselamatkan selepas 10 jam berpaut pada bot

Lima nelayan diselamatkan selepas 10 jam berpaut pada bot

Lima nelayan diselamatkan selepas 10 jam berpaut pada bot
Lima nelayan yang diselamatkan dalam kejadian bot karam di kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika dari Pelabuhan Kerteh. – Foto Maritim Malaysia

CHUKAI: Lima nelayan diselamatkan selepas 10 jam berpaut pada bot terbalik kira-kira 3.6 batu nautika dari Pelabuhan Kerteh, pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd Rashid, berkata kesemua nelayan yang berjaya diselamatkan itu terdiri daripada seorang tekong tempatan dan empat kru warga Myanmar.

Menurutnya, mereka yang berusia 21 hingga 53 tahun itu keluar menangkap ikan dari jeti Kuantan petang semalam, menuju ke Pulau Tenggol.



“Setibanya di perairan Kerteh tengah malam tadi, bot yang mereka naiki itu mengalami kerosakan pada sistem pam menyebabkan air laut mula memenuhi bot mereka.

Rashidilhadi berkata, kesemua nelayan itu terpaksa bergayut selama 10 jam sebelum mereka ditemui dua buat bot tunda nelayan tempatan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan bersama enam anggota dengan sebuah bot bergegas ke lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Bagaimanapun, kesemua nelayan itu telah dibawa naik ke bot nelayan tempatan dan kesemua nelayan itu selamat tiba di jeti Pelabuhan Kerteh, kira-kira jam 10.45 pagi,” katanya.



Menurutnya, kesemua nelayan terbabit diberi rawatan oleh pasukan perubatan Pelabuhan Kerteh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Lima jam berpaut pada tong ikan

Lima nelayan diselamatkan selepas 10 jam berpaut pada bot


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading