Dua maut, lori langgar treler

Hulu Selangor: Dua lelaki maut selepas lori dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi.

Menurut Morni, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.



“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah treler Scania yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Isuzu yang membawa muatan ais batu.

“Dua lelaki berusia 30-an yang menaiki lori itu masing-masing tersepit di bahagian pemandu dan kelindan. Mereka dipercayai meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Morni berkata, identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, anggota bertugas ketika ini sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan pemandu dan kelindan lori terbabit.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading