Guru besar maut, Angkara pemandu positif dadah

Pasir Puteh: Guru besar meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mangsa terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh – Machang – Gerik, petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan berkonvoi bersama rakan untuk menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak-anak yatim di Machang.



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kemalangan membabitkan Perodua Myvi, Perodua Kelisa dan motosikal jenis Yamaha NVX.

Katanya, siasatan awal mendapati Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh sebelum dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 39 dari arah belakang.

“Rempuhan menyebabkan Perodua Kelisa memasuki laluan bertentangan dan merempuh pula motosikal ditunggang mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zaizul berkata, mangsa yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali mengalami kecederaan di kepala.



“Pemandu Perodua Kelisa cedera ringan, manakala pemandu serta penumpang Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, ujian air kencing mendapati pemandu Perodua Myvi positif Methamphetamine.

“Kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan, saksi bebas sudah dikesan dan dirakam percakapan serta tangkapan dibuat terhadap pemandu Perodua Myvi,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading