Gagal memotong treler, dua beranak maut kemalangan

Gagal memotong treler, dua beranak maut kemalangan

Gagal memotong treler, dua beranak maut kemalangan
Keadaan kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Rompin menyebabkan dua maut pagi tadi. Foto ihsan bomba

KUANTAN: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta PERODUA Myvi, Azirul Azeem Mazri, 30, dan anaknya, Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Azirul Azeem bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.



“Akibat kemalangan itu, Azirul Azeem disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

“Isteri mangsa, Farah Nasuha Johari, 30, tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu treler berusia 30 tahun cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Beliau berkata, kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin,” katanya.

Gagal memotong treler, dua beranak maut kemalangan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button