Puteri Sarah Mahu Kelihatan Cantik Di Mata Orang Yang Tepat
Peminat Doa Bertemu Jodoh Seusai Lafaz Talak Besok!
Puteri Sarah Mahu Kelihatan Cantik Di Mata Orang Yang Tepat
Umum mengetahui urusan jodoh adalah rahsia ALLAH SWT dan setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapat pasangan yang baik serta tepat dalam kehidupannya.
Bagi mendapatkan pasangan yang terbaik, pelbagai usaha akan dilakukan oleh individu itu dan antara senjata utama bagi setiap Muslim ialah memohon doa kepada yang Maha Esa.
Malah, ada juga yang berkongsi amalan doa tertentu untuk mendapatkan pasangan hidup yang sesuai seperti doa Nabi Musa dan Nabi Yusof.
Namun bagi pasangan yang sudah berkahwin, tiada siapa pun yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.
Bagaimanapun, andai jalan itu merupakan penyelesaian terakhir, tiada masalah berbuat demikian meskipun perceraian sesuatu yang tidak disukai dalam Islam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakan dalam Umno halang pembebasan Najib?
- Kekurangan pekerja rencat pemulihan sektor pelancongan Vietnam
- Demi imej dan reputasi undang undang negara dan Badan Kehakiman , Najib harus dibebaskan.
Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah ada berkongsi gambar dengan kapsyen seolah-olah dirinya mahu kelihatan cantik pada mata orang yang tepat.
“Kamu cantik dimata orang yang tepat. Tetaplah menjadi dirimu sendiri, bukan menjadi dirimu yang dinginkan oleh orang lain. Kelebihan dan kekuranganmu adalah keistimewaan yang patut dihargai.” – Tulis Sarah
Sudah menjadi perbahasan umum mengenai kisah rumah tangganya yang kini meniti di hujung jalan apabila perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April ini.
Kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan malam tadi.
Pada tarikh tersebut, Syamsul akan melafazkan talak terhadap Sarah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Kes Ke Atas Azlan Man Adalah Pendakwaan Terancang?
- Protokol apa, soal mantan ketua hakim negara berkait Hakim Nazlan
- Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin
Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah
Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi semangat buat aktres cantik ini serta ada juga yang turut menitipkan doa agar Puteri Sarah bertemu cinta baharu selepas ini.
Murai MY disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah mahupun Syamsul Yusof!
Semoga kisah kedua-dua selebriti ini berakhir dengan kebahagiaan yang hakiki.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?
- 15 Ahli Parlimen BN Akan Letak Jawatan?
- Tidak mengejutkan pemimpin UMNO lompat parti, mengejutkan bila yang khianat belum lompat lagi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :