Polis kesan individu bakar mercun dari balkoni pangsapuri

IPOH: Ipoh: Polis memburu individu yang didakwa bermain mercun dari balkoni pangsapuri Residensi PR1MA Meru, di sini seperti rakaman tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya turut menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, susulan itu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat awam.



“Siasatan juga mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 iaitu membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Ipoh, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Terdahulu video 25 saat tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang individu yang berkemungkinan lelaki menyalakan mercun dipercayai jenis thunder clap dari tingkat 20 pangsapuri berkenaan.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading