Puteri Sarah Ada Video Tak Senonoh Syamsul Dan Ira Kazar Sebelum Nikah

Tekad Tak Mahu Tarik Nusyuz

Puteri Sarah Ada Video Tak Senonoh Syamsul Dan Ira Kazar Sebelum Nikah

Umum mengetahui bahawa Islam memberi panduan kepada suami dan isteri supaya sentiasa bergaul dan bertolak-ansur di antara keduanya untuk melahirkan hubungan yang baik.

Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Menurut sumber sahih, firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 memberi pencerahan bahawa:

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan isu nusyuz yang hangat diperkatakan setelah pelbagai isu berbangkit berkenaan kes pergoalakan rumah tangga selebriti tempatan.



Secara umumnya, suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.Bahkan seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa

 



Berbahas soal ini, tampil dengan kenyataan lebih panas, Isteri pertama pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, iaitu Puteri Sarah Liyana, 38 mempersoalkan suaminya yang mendakwa mengubah perjanjian asal berhubung perceraian seperti sudah dipersetujui sebelum ini.

Terkini Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram, mendakwa dia mempunyai asbab yang lebih kukuh untuk memfailkan nusyuz terhadap suaminya.

Puteri Sarah Ada Video Tak Senonoh Syamsul Dan Ira Kazar Sebelum Nikah

“Suruh tarik nusyuz? ‘Hello bro’, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh masa sebelum awak berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk.



“Dengan Ira mengaku kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz? Juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000, saya minta bayar setiap RM100,000 setahun, itu awak mampu rasanya?,” dakwa Puteri Sarah menerusi hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran lain, Puteri Sarah memaklumkan, dia ada berbincang dengan ibu mentuanya mengenai jumlah nafkah tertunggak dan mutaah yang dianggap berpatutan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq



 

 

Puteri Sarah Ada Video Tak Senonoh Syamsul Dan Ira Kazar Sebelum NikahPuteri Sarah mendakwa, dia tidak menuntut sebarang harta sepencarian.

“Saya bincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu munasabah rasanya. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.



“Boleh sahaja jual Lambo (Lamborghini) yang awak banggakan untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Juallah buat bayar nafkah,” katanya.

Berikutan itu, Puteri Sarah berkata, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan keputusan sebenar.

“Juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah yang tentukan siapa yang nusyuz. Saya suka. Untuk pengetahuan, nafkah yang awak bagi itu cukup-cukup makan.

“Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Takpe kita lawan di mahkamah,” katanya.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu

Malah, Puteri Sarah turut mendakwa jika dia menunjukkan bukti video tidak senonoh dilakukan oleh Syamsul dengan Ira Kazar sebelum berkahwin sudah pasti lebih teruk.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi lanjut, nantikan perkembangan seterusnya menerusi instagram rasmi milik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof!


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading