Tarif air Johor naik 25 sen mulai Februari

Oleh – Syeikh Baran


Tarif air Johor naik 25 sen mulai Februari

Tarif baharu air di negeri ini naik 25 sen kepada RM1.05 satu meter padu, mulai bulan depan.



Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd, Muhamad Faizal Aliar berkata, pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik itu diwartakan Kerajaan Persekutuan dan akan dikuatkuasakan pihaknya.

Katanya, sebagai satu-satunya operator bekalan air di negeri ini, pelarasan tarif air yang terakhir pernah dikaji adalah sembilan tahun lalu.

Menurutnya, struktur kadar baharu bagi penggunaan domestik (meter individu) daripada 0 meter padu hingga 20 meter padu ialah RM1.05 satu meter padu berbanding daripada 80 sen sebelum ini.

“Bagi penggunaan 20 meter padu sehingga 35 meter padu pula naik kepada RM2.35 untuk satu meter padu, daripada RM2 sebelum ini.



“Penggunaan air melebihi 35 meter padu pula berubah daripada

RM3 kepada RM3.15 untuk satu meter padu, manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter individu) berubah dari RM7 kepada RM10.50.

“Bagi kategori domestik meter pukal pula, kadar rata berubah dari RM1.60

kepada RM2.55, manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter pukal) juga mengalami perubahan dari RM16 kepada RM25.50,” katanya dalam kenyataan, malam ini.



Muhamad Faizal berkata, implimentasi pelarasan tarif air baharu itu dilakukan secara inklusif dan melalui penelitian terperinci supaya tidak membebankan pengguna domestik.

Katanya, hakikat pada era baharu perbekalan air memerlukan suntikan tarif yang realistik dalam mendepani cabaran membekalkan air bersih supaya lebih berdaya maju.

“Pelarasan ini memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ untuk meneruskan inisiatif program penggantian paip lama selain penaiktarafan sistem bekalan air di Johor.

“Kami juga akan memperluaskan pemberian rebat air sebanyak 25 meter padu kepada penerima bantuan e-kasih dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menampung kenaikan,” katanya.



Sumber – Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading