Polis siasat video martabak perisa ‘air ludah’

LABUAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki seakan-akan meludah ke atas adunan martabak yang sedang digaulnya di sebuah sebuah gerai bazar Ramadan di sini.

Video berdurasi 12 saat yang dikenalpasti berlaku di bazar Labuan Walk, di sini, tular di media sosial sejak 19 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Jawila berkata pihaknya sudah pun menerima tiga laporan berhubung rakaman video yang tular itu.



“Melalui rakaman itu, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual martabak perisa air ludah di Bazar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihaknya yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading