Belum masa untuk berparti – Spalletti

MILAN: Luciano Spalletti menyeru Napoli untuk tidak mendongak langit walaupun mereka berjaya menewaskan Juventus 1-0 yang sekali gus menyaksikan mereka kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk merangkul mahkota Serie A.

Giacomo Raspadori menjaringkan gol pada masa kecederaan yang membolehkan Napoli meraih kemenangan bermakna di laman lawan sekali gus meletakkan mereka 17 mata di atas carta liga.

Kemenangan itu juga secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan yang ditunjuk jalan keluar oleh AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.



Sekiranya Napoli menewaskan Salernitana pada Sabtu ini, mereka hanya perlu mengharapkan Inter Milan untuk mengelak kekalahan di laman sendiri di tangan Lazio, Ahad ini untuk dinobatkan sebagai juara buat kali pertama sejak 1990.

“Kami perlu menunggu sebelum boleh meraikan kejayaan kerana masih mempunyai perlawanan untuk ditempuh,” kata Spalletti.

“Mereka bermain dengan sangat baik dan bukan mudah untuk melakukannya dalam tempoh singkat selepas tersingkir di Liga Juara-Juara. Saya tidak fikir kami boleh melakukan apa-apa lagi malam ini.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading