Enam lelaki ditahan ketika merempit
Enam lelaki ditahan ketika merempit
KUALA BERANG: Tindakan enam lelaki menunggang motosikal secara merbahaya, termasuk membuat aksi ‘wheelie’ dan ‘zig zag’ menerima padah apabila ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sini awal pagi tadi.
Kesemua penunggang berusia antara 20 hingga 34 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, di antara jam 1.30 hingga 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, berkata mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan penugasan sempena Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan pentadbiran daerah ini.
Beliau berkata, operasi pertama di Kilometer (KM) 2 Jalan Kuala Berang-Ajil membawa kepada penahanan seorang pemuda berusia 20 tahun selepas dikesan melakukan aksi ‘wheelie’ sejauh 50 meter kira-kira jam 1.30 pagi.
“Dalam operasi kedua kira-kira jam 2.35 pagi di KM 1 Jalan Kuala Berang-Ajil, kita menahan dua lagi penunggang motosikal masing-masing berusia 20 tahun yang sedang berlumba sesama sendiri sambil menundukkan kepala selari dengan meter dan menunggang secara’zig-zag’ sejauh 300 meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim
- Saman dan gaduh dengan Anwar boleh bikin rakyat lupa Zeti dan Nazlan masih belum didakwa.
- Apa sebenar nya yang Lim Kit Siang mahu?
Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq
“Kita kemudian menahan tiga lagi penunggang motosikal berusia antara 31 hingga 34 tahun di KM1 Jalan Kuala Berang-Ajil dekat KB Walk, selepas dikesan menunggang motosikal secara merbahaya dengan berlumba sesama sendiri dengan menundukkan kepala selari dengan meter dan aksizig- zag sejauh 300 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hasmerra berkata, semua yang ditahan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, sebanyak 46 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dengan 11 motosikal disita.
“Operasi berkenaan dilakukan susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran kumpulan motosikal yang dikesan menunggang secara merbahaya dan berlumba di kawasan berkenaan.
“Kita memandang serius isu rempit ini dan operasi secara berterusan akan dijalankan bagi mengekang kegiatan tidak sihat ini yang bukan hanya berisiko kepada mereka sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan
- Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?
- Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie