Tengku Permaisuri Selangor Keliru, Pasangan Kembar Konvo Bersama

Sepasang adik beradik kembar yang hadir ke Istiadat Konvokesyen Universti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengambil skrol akademik mereka mencuri perhatian netizen.

Menerusi video dimuat naik pengguna bernama Nazmi Ramli, salah seorang dari pasangan kembar tersebut naik untuk mengambil skrol akademiknya sebelum seorang lagi pasangannya naik ke atas pentas untuk mengambil skrol berkenaan.

Namun apa yang mencuit hati ialah reaksi yang ditunjukkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ketika menyampai skrol berkenaan kepada mereka.



Dapat dilihat, Tengku Permaisuri Norashikin seakan-akan terkejut dan keliru selepas dua orang penerima tersebut mempunyai wajah dan nama yang hampir sama.

Video yang mendapat 1.4 juta tontonan itu turut mendapat respon dari wargamaya.

Nasib baik design tudung berbeza

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi ditunjukkan Tengku Permaisuri Norashikin.



Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan sekiranya pasangan kembar itu mengenakan jenis dan reka bentuk tudung yang sama, sudah pasti Tengku Permaisuri Selangor akan jadi lebih keliru.

Video

 

 

@nazmiramli Permaisuri is confuse 😭 anyway congrats for ur graduation my twin cousins #uitm #istiadatkonvokesyenuitm96 ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282



 

Sumber: TikTok


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading