Pertemuan Sulit Antara Daim, Hamzah Dan Takiyuddin, Apa Yang Di Bincangkan?

Pertemuan Sulit Antara Daim, Hamzah Dan Takiyuddin, Apa Yang Di Bincangkan?

Tular di media sosial, berlakunya pertemuan sulit antara Daim Zainuddin, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Pertemuan yang dilakukan secara berasingan itu dilaporkan telah berlaku di pejabat Daim Zainuddin, di Menara Ilham, Kuala Lumpur.



Perkara ini disahkan oleh Pengarah Komunikasi UMNO yang juga merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato’ Lokman Adam.

Penulis difahamkan, matlamat utama pertemuan itu adalah untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan yang kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan tersebut, Daim dimaklumkan, seramai 15 orang ahli parlimen Barisan Nasional sudah bersetuju untuk mengosongkan kerusi parlimen mereka.

Ini akan memberi laluan kepada pilihanraya kecil di 15 parlimen.



Dan ianya dirancang akan diadakan serentak dengan 6 pilihanraya negeri pada bulan Jun ini.

Selain dari mesti memenangi sekurang-kurangnya 3 dari 15 kerusi parlimen dalam pilihanraya kecil nanti, mereka menjangkakan akan mendapat sokongan dari beberapa parti lain.

Antaranya adalah Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Muda dan BEBAS.

Sebelum ini, penulis ada melaporkan 15 ahli parlimen Barisan Nasional dijangka akan mengosongkan kerusi mereka.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/04/12/15-ahli-parlimen-bn-akan-letak-jawatan/

Terdahulu sebelum pertemuan antara Daim, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin, dilaporkan telah berlaku pertemuan antara wakil Perikatan Nasional dan 2 orang ahli parlimen PKR.

Pakatan Harapan dan UMNO mesti melihat perkara ini dengan serius kerana dilaporkan rundingan mereka kini sudah berada di peringkat akhir.



Walau pun sedar gerakan ini akan menimbulkan satu lagi krisis politik, di mana rakyat akan menderita akibatnya, namun itu tidak menjadi keutamaan mereka.

Keutamaan mereka adalah untuk menyelamatkan diri dari pendakwaan yang kini sedang mereka hadapi di mahkamah.

Semuga rakyat di 6 pilihanraya negeri sedar dengan kerakusan pemimpin yang mereka berikan mandat dalam PRU 15 lepas.

 



Pertemuan Sulit Antara Daim, Hamzah Dan Takiyuddin, Apa Yang Di Bincangkan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button