Mercun dipercayai punca Waja terbakar sebelum sambar 3 rumah

Mercun dipercayai punca Waja terbakar sebelum sambar 3 rumah

Mercun dipercayai punca Waja terbakar sebelum sambar 3 rumah
Tiga rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Ayer Lanas, Jeli malam tadi. Kebakaran jam 11 malam berpunca daripada sebuah kereta jenis Proton Waja yang tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke tiga rumah itu. – Foto Bomba

JELI: Tiga rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Ayer Lanas di sini, malam tadi. Kebakaran jam 11 malam berpunca daripada sebuah kereta jenis Proton Waja yang tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke tiga rumah itu.

Pemilik kedai runcit, Syamsuri Haskah, 46, berkata dia dimaklumkan mengenai kebakaran yang membabitkan dua unit rumah sewanya itu oleh seorang jiran.

“Ketika itu api sudah marak membakar kereta milik adik yang diparkir antara dua rumah sewa dan saya bergegas ke lokasi.

“Saya bersama beberapa penduduk cuba memadamkan api yang mula merebak ke rumah sewa dengan menggunakan alat pemadam api namun gagal.



“Daripada dua rumah sewa saya, hanya satu keluarga sahaja ada dalam rumah namun sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Mercun dipercayai punca Waja terbakar sebelum sambar 3 rumah
Anggota bomba sedang memadam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Ayer Lanas, malam tadi. – Foto Bomba

Syamsuri berkata, dia tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada aktiviti bermain mercun dan dipercayai ada yang membalingnya ke bawah kereta.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.03 malam. Kebakaran dapat dikawal setengah jam kemudian.

Mercun dipercayai punca Waja terbakar sebelum sambar 3 rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button