Empat sekeluarga pengsan dalam kereta akibat kekurangan oksigen

Empat sekeluarga pengsan dalam kereta akibat kekurangan oksigen

Empat sekeluarga pengsan dalam kereta akibat kekurangan oksigen
Anggota polis dan petugas di Plaza Tol Bentong membantu mangsa yang pengsan dalam kejadian tengah hari tadi. Gambar ihsan Polis Bentong

BENTONG: Empat sekeluarga ditemukan pengsan dalam kenderaan dipercayai akibat kekurangan oksigen dekat Plaza Tol Bentong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian disedari Inspektor Ridhwan Kassim dan Koperal Mohamad Azuwan Aziz sebelum bergegas memberi bantuan awal kepada mangsa.

“Dalam penyelamatan itu, anggota polis itu turut dibantu oleh anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT).



“Pegawai bertugas juga telah mengeluarkan mangsa dari kereta dan menghubungi hospital untuk tindakan susulan,” katanya.

Sebelum kejadian kereta yang dinaiki keluarga terbabit turut melanggar pintu tol Bentong.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq




“Dipercayai semua empat mangsa, seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak telah pengsan. Semua mangsa dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati semua mangsa kekurangan oksigen, tindakan pantas itu dapat menyelamatkan empat nyawa,” katanya.

Katanya, polis berharap semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di musim perayaan ini.

Sementara itu, anak sulung mangsa melalui laman Facebook, “Syafid Mok”, memaklumkan semua ahli keluarganya yang terbabit dalam kejadian itu sudah kembali sedar.



“Punca pengsan dipercayai disebabkan keracunan oksigen penghawa dingin kenderaan.

“Saya berterima kasih kepada semua anggota dan orang ramai yang membantu keluarga saya, Allah membalas jasa kalian,” katanya.

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading