Remaja cuba terjun dari tingkat tiga

Subang Jaya: Remaja lelaki cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium di Bandar Sunway di sini, tengah malam tadi, namun dia berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 12.23 tengah malam.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan 11 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.



“Pasukan mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun berada di tepi tingkap di tingkat tiga kondominium berkenaan.

“Anggota kemudian menjalankan usaha memujuk remaja terbabit sebelum berjaya diselamatkan pada jam 2.10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading