Hakim mahu Doktor jawap cuti sakit Najib?

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Najib cuti 2 hari, Hakim panggil Doktor ke Mahkamah?

 



Benarkah Hakim memanggil Doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada Dato Sri Najib Razak dari menghadiri sebutan kes 1MDB di Mahkamah?

Najib, sepatutnya hadir untuk sebutan kes beliau pada Isnin lepas, namun difahamkan mengalami cirit-birit pada hari tersebut.

Beliau mendapatkan rawatan di HKL dan telah diberikan cuti selama 2 hari.

Bagaimanapun, Najib yang dijangkakan akan hadir hari ini, masih lagi diberikan cuti rehat oleh Doktor.



Perkara tersebut dimaklumkan pasukan guaman Najib kepada Hakim.

Mengejutkan, apabila dikatakan Hakim mahu Doktor yang memberi cuti kepada Najib menjelaskan mengapa Najib diberikan cuti sedangkan tahu beliau perlu hadir ke Mahkamah.

Ini sangat berbeza dengan saksi utama kes 1MDB yang sepatutnya telah lama hadir namun sehingga hari ini masih menikmati cuti rehat.

Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz, masih bebas melakukan aktiviti beliau dengan hanya mengemukakan sijil cuti sakit selama 2 hari pada November lepas.



Bayangkan, dengan hanya sijil cuti sakit selama 2 hari, Zeti masih belum dipanggil ke Mahkamah bagi sebutan kes 1MDB.

Mengapa ada ‘double standard’ dalam hal sijil cuti sakit?

Zeti Aziz selaku saksi utama kes 1MDB tidak pernah gusar tidak hadir ke Mahkamah dan tidak perlu risau untuk menjawap kepada Hakim.

Mengapa? Adakah beliau mempunyai akses kepada Badan Kehakiman atau beliau ‘dilindungi’ dari sebarang kemungkinan memberi keterangan dalam kes 1MDB?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button