Politik Toksik Hadi Awang

Politik Toksik Hadi Awang

Kenyataan presiden PAS, Hadi Awang, yang mendakwa orang Melayu sedang ditipu secara terang-terangan dilihat senada dengan ucapan penghinaan Dr Mahathir terhadap orang Melayu.

Dr Mahathir yang sememangnya terkenal dengan mulut celupar dan sering menghina orang Melayu apabila mendapat kuasa.

Namun, apabila kehilangan kuasa, Dr Mahathir akan melakonkan watak pejuang kepada nasib bangsa Melayu.

Hadi Awang mendakwa orang Melayu sedang ditipu secara terang-terangan.

Dari kenyataan Hadi Awang, apakah beliau menuduh bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat bodoh sehingga mudah ditipu secara terang-terangan?

Pada pandangan penulis, bukan orang Melayu sedang ditipu secara terang-terangan.

Tetapi pemimpin Melayu seperti Hadi Awang yang sedang menipu orang Melayu secara terang-terangan.

Tetapi kenyataan seterusnya dari Hadi Awang dilihat lebih merbahaya.

Beliau secara terbuka menyatakan golongan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan golongan terbesar penyakau dan penerima rasuah.

Baca di sini:

https://wartarakyat.com.my/index.php/2023/05/09/orang-melayu-sedang-ditipu-terang-terangan-hadi/

Bagi penulis, Hadi Awang wajar disiasat di bawah Akta Hasutan atas kenyataan beliau yang boleh memecahbekahkan perpaduan kaum di negara ini.

Hadi Awang sepatutnya sedar, Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa.

Sekiranya kita marah dengan ucapan penghinaan bangsa lain terhadap agama dan bangsa kita, mereka juga akan marah apabila kita menghina mereka.

Merompak harta negara dan rakyat serta mengamalkan rasuah tidak boleh dilabelkan kepada sesuatu bangsa.

Hadi Awang sendiri sedang dibicarakan atas kes rasuah dalam PRU 15.

Sekiranya menurut teori label agama dan bangsa Hadi Awang, adakah beliau mahu memberitahu kita bahawa beliau bukan beragama Islan dan berbangsa Melayu kerana terpalit rasuah?

Amalan politik toksik yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara mesti dihentikan serta merta.

Pihak kerajaan WAJIB mengambil tindakan sebelum amalan politik toksik menjadi barah kepada perpaduan kaum di negara kita.

 

Politik Toksik Hadi Awang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker