Peniaga dakwa Whatsappnya digodam untuk menipu dengan buat pinjaman wang

18/02/2021 12:15 AM

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Seorang peniaga mendakwa aplikasi Whatsapp di telefon bimbitnya digodam apabila identitinya digunakan untuk menipu dengan meminjam wang daripada rakannya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku apabila mangsa berusia 59 tahun gagal membuka aplikasi itu di telefon bimbitnya menyebabkannya menyahpasang (uninstall) aplikasi tersebut.

“Dia mendakwa memuat turun semula aplikasi itu namun ia masih tidak dapat digunakan kerana kod pengaktifan tidak diterima.



“Mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada rakannya yang bertanyakan sama ada mangsa ada meminta untuk meminjam wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa menafikan perkara itu dan mengesyaki ada individu lain yang menggunakan identiti pengadu untuk menghubungi rakannya menggunakan aplikasi WhatsAppnya untuk membuat pinjaman wang.

“Hasil semakan mendapati lebih 20 orang yang merupakan kenalan pengadu telah dihubungi oleh individu berkenaan bagaimanapun tiada kerugian terlibat dalam kes ini.

β€œMangsa tidak sempat memberikan wang yang diminta kerana rakannya itu membuat panggilan kepadanya dan mangsa kemudian bertindak membuat laporan pada Sabtu lepas,” katanya dan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cuba menipu.



GARA-GARA TERTEKAN PAUTAN DIRAGUI – IG DIGODAM, RAJA AZMI KENA PERAS UGUT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker