PN sedia lantik KJ jadi MB Negeri Sembilan?

Oleh – Bakhtiar Omar


PN sedia lantik KJ jadi MB Negeri Sembilan?

Perikatan Nasional – PN mengesahkan telah menawarkan jawatan sebagai Ahli Majlis  Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy Jamaluddin. Adakah ini mengesahkan PN sedia memberi jawatan MB Negeri Sembilan kepada KJ?



Pengesahan tawaran MPT dinyatakan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan beliau.

Khairy Jamaluddin, kalah di kerusi Sg Buloh telah dipecat dari Umno selepas didapati melanggar Perlembagaan Parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

PN sedia lantik KJ jadi MB Negeri Sembilan?

Beliau dijangkakan akan diberikan kerusi di DUN Rantau yang disandang Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan.



Sebagai rekod, Mohamad Hasan menang kerusi DUN Rantau pada 2019 dengan majoriti 4,510 menewaskan calon PH dalam Pilihanraya Kecil.

Menerusi satu laporan, Mohamad Hasan membayangkan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRN akan datang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan membayangkan beliau akan bertanding di Parlimen selain mempertahankan DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Di DUN Rantau, pengundi Melayu adalah 51% jadi, ia perlu diurus dengan baik, Insya Allah saya akan terus mempertahankannya.” – DSU Mohamad Hasan – Laporan 3/9/2022



BERANIKAH KJ CABAR ‘TOK MAT’ DI DUN RANTAU?

KJ perlu sedar beliau tidak mempunyai pengaruh yang begitu kuat di DUN Rantau sekiranya dicalonkan PN di kawasan tersebut. 

Malah, beliau berkemungkinan akan tewas dengan majoriti lebih besar sekiranya mencabar Mohamad Hasan di Rantau. 

Sepertimana diketahui, KJ bukanlah seorang yang berani mengambil risiko untuk kalah, dan beliau dijangkakan akan mencari kawasan yang lebih selamat daripada berdepan dengan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Jika tidak, masakan beliau mengelak bertembung dengan Anthony Loke di Seremban pada PRU15 lepas dan memilih untuk mencari kawasan majoriti pengundi Melayu di Selangor.



“Dewan Undangan Negeri akan bubar Jun, tempoh masa sudah terhad, jadi saudara Khairy boleh fikirkan dengan baik. Inilah masa yang sesuai, semua orang mengharapkannya menyertai Perikatan Nasional.
 
“Beliau dah minta hendak jumpa saya lama dulu iaitu selepas dipecat UMNO. Jadi kami berjumpa berbincang secara terbuka hala tuju beliau harapan parti kita. – Muhyiddin Yassin – 17/5/2023

BERSATU HANYA TUMPANG GLAMOUR KJ

 
Apa yang ditawarkan kepada KJ oleh Muhyiddin dikatakan cubaan menumpang populariti. KJ yang kini popular sebagai DJ Radio belum membuktikan beliau mampu menarik minat anak muda.
 
Apatah lagi beliau dikenali sebagai opportunis dalam berpolitik. Kedudukan sebagai MPT yang ditawarkan sebenarnya banyak menggugat jawatan-jawatan penting dan mereka yang bercita-cita tinggi dalam BERSATU.
 
Sudah pasti akan timbul rungutan dan protes dalaman mengapa KJ ditawarkan kedudukan seistimewa itu sedangkan beliau tidak berjuang bersama-sama semasa parti ditubuhkan.
 
Jangan terkejut sekiranya KJ terus diberikan keistimewaan oleh Presdien BERSATU, satu hari kelak, beliau akan mengambil alih kerusi Presiden dari individu yang sepatutnya.
 
 
 
 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading