“Bossku is not finished” – Khairy Jamaluddin

Oleh – Editor


"Bossku is not finished" - Khairy Jamaluddin

“Bossku is not finished” – Khairy Jamaluddin.



Khairy Jamaluddin menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ memperakui kekuatan Najib Razak dalam Umno. Beliau menyatakan Najib sebagai ‘Force behind the bar’ untuk menentukan masa depan Umno.

@teamnajibrazak

Apa kata KJ tentang Bossku

♬ original sound – Team Najib Razak

Beliau juga mengakui kekuatan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi parti bersama Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih baru-baru ini.



Namun demikian, perlu diingatkan, Khairy adalah politikus ‘licik’ yang pernah menunggang populariti ‘Bossku’ ketika beliau masih bergelar Perdana Menteri.

Hingga selepas tidak lagi menjadi ahli Umno, Khairy masih cuba meraih perhatian penyokong ‘Bossku’ bila memuji Najib Razak.

Mungkin tidak ramai tahu dan ingat apa yang berlaku pada PRK Rompin dahulu. Dengan gelaran ‘6 Jahanam’, sekumpulan PEMUDA Umno bersetuju sebulat suara untuk menghukum Najib Razak selepas PRK Rompin selesai.

Apabila perancangan tersebut terbongkar, masing-masing tidak mengaku perancangan tersebut. Ada kalangan Pemuda Umno ‘6 Jahanam’ ini menjadi ‘sesumpah’ dan berlakon kononnya merekalah penyokong tegar Najib Razak selepas kegagalan melaksanakan perancangan tersebut.



Inilah sifat opportunis politik. Apa sahaja isu yang mendatangkan perhatian dan keuntungan buat karier poltik mereka, maka mereka akan tunggang sehabisnya.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading