Hari Pertama Sidang Parlimen Berlalu Tanpa Usul Undi Tidak Percaya

@acik.mantera

♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

Hari Pertama Sidang Parlimen Berlalu Tanpa Usul Undi Tidak Percaya

Sebelum persidangan Dewan Rakyat, Perikatan Nasional sentiasa bercakap mengenai kedudukan DS Anwar Ibrahim yang mereka dakwa akan sampai ke penghujung.

Pelbagai angka mereka berikan.



Mereka sudah mendapat sokongan 128 ahli parlimen, kemudian bertukar kepada angka 114 sokongan ahli parlimen.

Sampai ke satu tahap, digembar-gemburkan, presiden PAS, Hadi Awang dikatakan sudah bersedia untuk menghadap YDP Agong untuk mempersembahkan surat akuan bersumpah.

Perkembangan itu mendapat respon dari Istana Negara apabila YDP Agong menitahkan supaya Perikatan Nasional membuktikan sokongan di Dewan Rakyat sebelum dibenarkan menghadap.

Respon dari Istana Negara itu disambut oleh Anwar Ibrahim.



Beliau mahu sekiranya benar Perikatan Nasional mempunyai jumlah yang cukup, ianya mesti dibuktikan di Dewan Rakyat.

Semalam, 22 May 2023, parlimen kembali bersidang.

Hari Pertama Sidang Parlimen Berlalu Tanpa Usul Undi Tidak Percaya

Perhatian rakyat Malaysia bertumpu di Dewan Rakyat.



Menantikan apakah Perikatan Nasional akan mengusulkan undi tidak percaya kepada perdana menteri.

Tetapi hingga ke akhir persidangan Dewan Rakyat pada hari pertama, tidak ada seorang pun ahli parlimen pembangkang mengemukakan usul tersebut.

Ternyata di mata rakyat, dakwaan Perikatan Nasional bahawa mereka mempunyai bilangan yang mencukupi hanyalah retorik politik yang tidak berasas.

Apa yang penulis kesali adalah sikap Perikatan Nasional yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan krisis politik.



Perikatan Nasional langsung tidak mengambilkira implikasinya terhadap rakyat dan negara.

Apakah mereka tidak tahu tindakan mereka itu akan membuatkan ekonomi negara akan menjadi semakin tenat.

Ianya hanya akan memberikan gambaran yang cukup buruk tentang kestabilan politik negara kepada pelabur yang mula menunjukkan minat untuk melabur.

Tetapi itulah sebenarnya sikap pemimpin Perikatan Nasional.



Rakyat dan negara bukan keutamaan mereka.

 

Hari Pertama Sidang Parlimen Berlalu Tanpa Usul Undi Tidak Percaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:



 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button