Wanita Kahwin Ramai Boleh Bagi ‘Kuasa’, Kini Ada 7 Suami

Seorang wanita bernama Allman mencuri perhatian kerana mengahwini seramai tujuh orang lelaki serentak.

Memetik laporan portal Serambi News, Allman yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional itu mendedahkan bahawa keputusannya yang mengahwini ramai lelaki dalam satu masa yang sama bukanlah secara suka-suka tetapi mempunyai sebab yang tertentu.

Saya terpaksa berkahwin ramai untuk mendapatkan ‘kuasa’. Saya seorang pengamal perubatan tradisional dan saya menggunakan kuasa orang mati untuk menyembuhkan orang lain.



Dan untuk melakukan itu, saya terpaksa berkahwin untuk mendapatkan kuasa dan juga untuk mengelakkan hukuman daripada ibu bapa saya.

Difahamkan juga, Allman hanya dibenarkan untuk melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap suami yang merupakan pilihan ibu bapanya itu.

Kini, Allman sudah menimang enam cahaya mata dan masih belum mempunyai anak dengan suami terbaharunya.

Sumber: Serambi News



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button