Skandal 1MDB, Zeti bakal sambung cuti?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Skandal 1MDB, Zeti bakal sambung cuti?
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Kisah ‘percutian’ saksi utama skandal 1MDB, Zeti Aziz kembali sunyi sepi selepas tiada apa-apa tindakan diambil oleh Peguam Negara terhadapnya.

Mungkinkah kali ini Zeti ‘bersalin kembar’ dan bakal menyambung cuti lagi?



Skandal 1MDB, Zeti bakal sambung cuti?

Adakah ini ada kaitan dengan laporan pendakwaan yang serba tidak lengkap yang dikemukakan pihak pendakwaraya?

Tahun lalu, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa ahli keluarga Zeti, terutama suami dan anak lelakinya, menerima RM100 juta daripada Jho Low.

 

Beliau juga mendakwa ahli keluarganya menandatangani akuan berkanun yang mengaku mereka menerima berjuta-juta ringgit dalam akaun bank Singapura, dengan wang itu datang daripada sebuah syarikat dikaitkan dengan Jho Low. – Laporan FMT 23/11/2022



Agak menghairankan sekiranya Zeti masih lagi boleh ‘bersuka-ria’ tanpa perlu gusar terbongkarnya skrip sebenar siapa di belakang kewujudan kes 1MDB.

Apa lagi alasan Zeti bagi mengelakkan diri dari menjadi saksi kes 1MDB di Mahkamah? Adakah Zeti mempunyai ‘immuniti’ dari individu politik tertentu yang cukup berpengaruh di Malaysia?

Bagaimana dengan dakwaan Tommy Thomas mengenai Zeti dan suami yang didakwa sebagai dalang dalam skandal 1MDB?

Siapa sebenarnya yang menjadi ‘penghalang’ untuk Zeti hadir ke Mahkamah sebagai saksi utama?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button