Apa kelebihan King’s Counsel untuk Najib?

 

Sumber – Rf Lias



Apa kelebihan King's Counsel untuk Najib?

Ada yang keliru bila Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Ogos ini untuk rayuan King’s Counsel (dulu Queen’s Cousel) Jonanthan Laidlaw didengar.

Mereka tanya, apa kelebihannya untuk DS Najib Razak ?

Sebenarnya, saya sendiri tak pasti apa kelebihannya sebab DS Najib sudah pun dipenjarakan pada 23 Ogos 2022 apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman keatas beliau.

Tetapi, apa yang dapat dibuktikan dari perkara ini adalah jelas bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan terburu buru terhadap DS Najib.

Pada 21 Julai 2022 mahkamah telah menolak permohonan pasukan DS Najib untuk membawa masuk Laidlaw dengan alasan Laidlaw tidak boleh berbahasa Melayu. Maka, Laidlaw telah membuat rayuan pada 22 Ogos 2022.

Sepatutnya, Mahkamah Persekutuan tunggulah rayuan Laidlaw ini didengar dulu tetapi Mahkamah Persekutuan meneruskan juga pendengaran kes SRC walaupun DS Najib tidak bersedia dan terpaksa mencari peguam baru.

Atas keputusan ini, DS Najib telah terlepas kepakaran Laidlaw untuk membantu beliau dan terpaksa pula melantik pasukan peguam yang baru iaitu Hisyam Teh Poh Teik.

Bila Hisyam Teh minta penangguhan untuk diberi masa menyiapkan pembelaan yang efektif buat DS Najib, Tengku Maimon selaku Ketua Hakim menolak permohonan ini.

Maka, susah untuk tidak bersetuju dengan penghakiman YA Dato Rahman Sebli dalam rayuan semakan kes ini pada 31 Mac lalu bahawa DS Najib tidak mendapat keadilan yang sewajarnya dan kes ini perlu dibuang.

Jika rayuan King’s Cousel ini ada kelebihan untuk DS Najib, kita tunggu sebab kita tidak pernah berhenti memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.

Rf Lias
Cheras

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker