UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2

UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2

UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2

Dalam tulisan yang lepas, penulis ada mengupas mengenai tindakan pembersihan drastik yang dilakukan olehn kepimpinan tertinggi UMNO.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/02/02/zahid-hamidi-pakar-bedah-umno-berdarah-jawa/

Keperluan pembersihan secara drastik adalah sangat tinggi memandangkan keadaan UMNO yang kini semakin tenat.

Kempimpinan UMNO berhadapan dengan keadaan ‘do’ or ‘die’.

Namun seperti yang penulis nyatakan di dalam penulian sebelum ini, atas beberapa faktor, pembersihan secara total adalah sesuatu yang mustahil.



Ianya mesti dilakukan nsecara berperingkat untuk meminimakan impak terhadap UMNO.

Kini, selepas melakukan pembersihan secara drastik di Fasa 1, sudah sampai masanya untuk UMNO memulakan pembersihan di Fasa 2.

Sangat penting untuk UMNO melakukannya sekarang supaya pengaruh pengkhianatan yang sudah dicantas tidak tumbuh kembali.

UMNO Mesti Segera Melakukan Pembersihan Fasa 2

Kini sudah ada beberapa pemimpin yang terselamat dalam operasi pembersihan di Fasa 1 sudah mula cuba untuk menaburkan racun hasutan mereka di dalam rumah agam UMNO.



Individu yang dipecat atas salah laku memburukkan pemimpin dan parti secara terang, cuba dingkat sebagai ‘hero’ yang kononnya bakal menyelamatkan UMNO.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/05/magnet-tarik-orang-muda-hilang-selepas-pecat-kj-kata-ismail/

Apakah benar Khairy Jamaluddin (KJ) adalah ibarat magnet yang boleh menarik sokongan anak muda kepada UMNO dan pemecatannya adalah satu kesilapan?



Fakta menunjukkan, di dalam PRU 14, punca kekalahan UMNO adalah kerana GAGAL mendapat undi dari anak muda di seluruh negara.

Dan fakta juga menyatakan ketika itu KJ adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Sekiranya benar KJ mempunyai kekuatan menarik sokongan anak muda sebagaimana yang didakwa oleh Ismail Sabri, mengapa UMNO tidak mendapat sokongan anak muda dalam PRU 14?

Kepada Ismail Sabri, sekiranya sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap UMNO, keluarlah dengan cara yang terhormat.



Kecil tapak tangan, nyiru akar umbi akan tadahkan.

Dan permaidani merah akan dibentangkan untuk beliau berjalan keluar dari rumah agam UMNO buat selama-lamanya.

Tetapi sekiranya beliau memilih untuk menjadi duri dalam daging dalam UMNO, maka beliau boleh dijadikan calon pertama untuk diambil tindakan disiplin Fasa 2.

 



UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button