Pelakon Boy Iman fail representasi tuduhan menipu

Pelakon Boy Iman fail representasi tuduhan menipu

Pelakon Boy Iman fail representasi tuduhan menipu
NORUL Iman Abdul Rahman (kiri) atau Boy Iman hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi sebutan kes menipu seorang wanita berhubung program festival raya. UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR: Pelakon Boy Iman akan memfailkan representasi berkaitan pertuduhan menipu seorang wanita berhubung satu program festival raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang dihadapinya.

Pelakon itu ada nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, ketika ditemui wakil media selepas sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini turut menyatakan `lawan tetap lawan’ ketika ditanya reaksinya terhadap kes tersebut.

Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim kemudian menetapkan 17 Julai ini bagi sebutan kes selanjutnya.



Pada 25 April lalu, Boy Iman dan tiga yang lain termasuk dua wanita didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan (booth) atau penyewaan tapak sempena festival Horay X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan RM1,500.

Ketiga-tiga tertuduh itu ialah Nor Azmi Jantan, 49, serta dua lagi wanita Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, manakala kesalahan didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2.34 pagi pada 19 April lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Boy Iman sebelum ini dikaitkan dengan penipuan apabila namanya terpalit dalam satu program besar di WTC.

Program jualan raya Hooray x Fest Raya itu sepatutnya berlangsung pada 19 April sehingga 21 April namun telah dibatalkan pada saat akhir.



Bagaimanapun menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.

Beberapa hari selepas didakwa, Boy Iman pernah mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila cuba terjun sebuah jambatan namun tindakannya terbantut selepas ditarik seorang lelaki dan menenangkannya.

Tindakannya itu kemudian tular selepas satu klip video memaparkan situasi itu yang dimuat naik di Instagram jabatannetizennegara20.  – UTUSAN

Pelakon Boy Iman fail representasi tuduhan menipu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button