Indonesia tangguh dasar tanpa visa untuk 159 negara buat sementara
Indonesia tangguh dasar tanpa visa untuk 159 negara buat sementara

ANKARA: Indonesia menggantung dasar lawatan tanpa visa ke atas 159 negara susulan kebimbangan mengenai “gangguan ketertiban awam dan potensi penularan penyakit,” lapor Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.
Perintah untuk menangguhkan dasar lawatan tanpa visa (BVK) telah dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, lapor media tempatan berbahasa Inggeris, Bali Times.
Menurut kementerian, keputusan ini bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit dari negara-negara yang tidak mendapat sijil bebas penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Pada masa ini, hanya 10 negara ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam terkecuali daripada peraturan itu.
Pengunjung dari negara-negara ini boleh tinggal di Indonesia sehingga 30 hari dengan pasport dan tiket pelepasan yang disahkan. –BERNAMA-ANADOLU
Indonesia tangguh dasar tanpa visa untuk 159 negara buat sementara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah
- Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
- Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :