Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, 64 wanita warga asing diberkas

Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, 64 wanita warga asing diberkas

Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, 64 wanita warga asing diberkas
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pelacuran wanita warga asing dalam serbuan ke atas lima lokasi di sekitar Cheras dan Kepong, di sini, Khamis lalu. – Foto Imigresen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pelacuran wanita warga asing dalam serbuan ke atas lima lokasi di sekitar Cheras dan Kepong, di sini, Khamis lalu.

Serbuan oleh Bahagian Perisikan dam Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, pada jam 9 malam turut menahan 72 warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki warga India, 43 wanita Vietnam, 15 wanita Indonesia dan enam wanita Thailand berusia antara 25 hingga 42 tahun.



“Sindiket ini beroperasi di premis perniagaan tiga tingkat dan menjadikan tingkat satu sebagai tempat tinggal manakala tingkat dua dan tiga dijadikan tempat perkhidmatan seks.

“Modus operandi sindiket ini adalah melayan mana-mana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks dan berurusan melalui aplikasi Whatsapp sebelum pelanggan diberikan kata laluan untuk memasuki premis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




Beliau berkata, pelanggan diberikan pilihan mengikut kategori bilik dan jumlah jam tempahan manakala untuk tempahan wanita warga asing bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM230 bagi tempoh satu jam.

“Sindiket ini dipercayai sudah beroperasi selama hampir dua tahun dan mengiklankan perkhidmatan seks di kumpulan laman sosial Whatsapp dan Telegram.

“Pemeriksaan awal mendapati semua 72 warga asing yang ditahan melakukan kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh serta menyalahgunakan pas.

Seramai 20 lelaki tempatan dipercayai pelanggan yang ditahan semasa serbuan dilakukan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.



Semua warga asing ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melalukan kesalahan mengikut Akta Imigresen, Akta Pasport dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, 64 wanita warga asing diberkas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button