Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara
Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara

MANCHESTER, England: Bukayo Saka meledak hatrik ketika England meneruskan rentak cemerlang pada kelayakan Euro 2024 apabila membenam Macedonia Utara 7-0 di Old Trafford awal pagi tadi.
Saka mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan kendalian Gareth Southgate sejak menyinar pada Piala Dunia dan kini mencatat tujuh gol dalam lapan perlawanan antarabangsa terakhirnya sekali gus melengkapkan musim cemerlang bagi pemain sayap Arsenal itu.
Harry Kane turut menyumbang dua gol, satu daripadanya menerusi sepakan penalti manakala Marcus Rashford dan Kalvin Phillips masing-masing satu gol ketika Three Lions mengekalkan rekod 100 peratus pada pusingan kelayakan selepas empat perlawanan.

“Kami mempamerkan satu persembahan yang amat istimewa di luar sana. Mereka langsung tidak dapat menangani asakan kami.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelantan akan kaya jika kekalkan kerajaan PAS, alasan untuk kekal berkuasa sahaja.
- Banglo siapa pula jadi perhatian?
England melonjak enam mata di depan Ukraine di tangga teratas Kumpulan C dan sembilan mata berbanding Itali, yang beraksi kurang dua perlawanan, dengan dua pasukan teratas layak.
Kerjasama baik antara Kyle Walker dan Trent Alexander-Arnold membolehkan Saka mencetak gol kedua England dengan rembatan padu kaki kanan dari sudut sukar pada minit ke-38.

Southgate menuruti tindakan bos Liverpool, Jurgen Klopp dengan menugaskan Alexander-Arnold di bahagian tengah berbanding posisi asalnya pertahanan kanan.
Dengan menyarung jersi nombor 10, Alexander-Arnold memperagakan visi menariknya menerusi umpanan mengagumkan melepasi benteng pertahanan Macedonia dan singgah di kaki Saka, yang meledak masuk ke penjuru gol dua minit selepas rehat.
Saka kemudian melengkapkan hatrik sulung sepanjang kariernya apabila menyambut hantaran cantik Kane yang memperdaya benteng pelawat pada minit ke-51. – AFP
Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
- LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?
- Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :