Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus

Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus

Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meraikan gol tunggal menerusi sepakan penalti pada minit ke-55 ketika Les Bleus menewaskan Greece 1-0 pada kelayakan Euro 2024 di Stade de France di Saint-Denis, utara Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

PARIS: Kylian Mbappe menyumbat gol tunggal menerusi sepakan penalti bagi membantu Perancis menang 1-0 ke atas Greece yang beraksi 10 pemain awal pagi tadi sekali gus mengekalkan rekod sempurna mereka pada kelayakan Euro 2024.

Tendangan penalti bintang Paris Saint-Germain yang juga kapten Perancis itu, pada mulanya diselamatkan pada awal babak kedua tetapi mengambilnya kali kedua kerana pertahanan Greece melakukan kesalahan memasuki kawasan terlalu awal.

Dia tidak melakukan kesilapan kali kedua dan Perancis sepatutnya menang lebih besar selepas pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos dibuang padang kerana menolak jatuh Randal Kolo Muani, menafikan peluang keemasan menjaringkan gol.



Kemenangan Perancis pada penampilan terakhir mereka musim ini menyusuli kemenangan 3-0 ke atas negara kerdil bola sepak Gibraltar Jumaat lalu dan membolehkan mereka menghuni tangga teratas Kumpulan B dengan 12 mata daripada empat perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) menyempurnakan sepakan penalti ketika menang 1-0 ke atas Greece pada kelayakan Euro 2024 di Stade de France, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

Mereka tidak dibolosi sebarang gol setakat ini dan enam mata di depan Greece sekalipun beraksi lebih satu perlawanan.



“Ia satu musim yang panjang buat pemain. Mereka terpaksa menangguhkan percutian tetapi kami melakukan apa yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan ini,” kata jurulatih Didier Deschamps kepada badan penyiar TF1.

“Ini satu pasukan yang kurang pengalaman berbanding enam bulan lalu, tetapi penuh dengan kualiti.”

Perancis berpeluang untuk mendahului apabila Mavropanos menyepak kepala Antoine Griezmann empat minit selepas rehat.

Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (tengah) bersaing merebut bola dengan pertahanan Greece, George Baldock pada kelayakan Euro 2024 di Stade de France, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

Sepakan penalti diberikan dan pertahanan VfB Stuttgart, Mavropanos dilayangkan kad kuning ketika kepala Griezmann yang berdarah terpaksa dibalut.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang


Penjaga gol Greece, Odysseas Vlachodimos menyelamatkan percubaan penalti kali pertama Mbappe tetapi dia tidak dapat mengulangi tindakan wira itu apabila sepakan semula diberikan sekalipun berjaya melayangkan badan ke arah yang tepat.

Ia gol ke-13 Mbappe dalam 13 perlawanan buat Perancis musim ini, selain 41 gol dalam semua pertandingan bersama PSG.



Dia kini mengumpul 40 gol dalam 70 perlawanan buat negaranya dan memerlukan hanya satu gol untuk menyamai catatan gol Michel Platini bersama skuad Les Bleus. – AFP

Penalti Mbappe selamatkan air muka Les Bleus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading