Pelajar kolej ‘kantoi’ buat laporan polis palsu

Pelajar kolej 'kantoi' buat laporan polis palsu

Pelajar kolej ‘kantoi’ buat laporan polis palsu

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta disiasat selepas didapati membuat satu laporan polis palsu mendakwa dirompak tiga lelaki bersenjata di sebuah lokasi dekat Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pelajar lelaki tempatan berusia 19 tahun itu pada mulanya membuat satu laporan polis pada jam 9.46 malam, kelmarin mendakwa dirompak tiga lelaki bersenjata dan mengalami kerugian RM10,300.



“Berikutan laporan polis diterima, siasatan dijalankan. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati laporan pengadu mengenai kejadian rompak itu adalah palsu dan rompakan itu tidak berlaku.

“Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat terhadap pengadu oleh Pegawai Penyiasat dan dia kemudian dirakam keterangan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fakhrudin berkata, hasil siasatan mendapati pelajar terbabit sebenarnya menyalahgunakan wang simpanan diberikan keluarga selain mendakwa dirompak sebagai alasan untuk tidak membayar wang dipinjam daripada seorang rakannya.

“Polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk pertuduhan suspek di mahkamah.



“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana),” katanya.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Kantoi Curang Dengan Wanita Lain [VIDEO]



Pelajar kolej ‘kantoi’ buat laporan polis palsu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button