Maut selepas bergaduh ketika mabuk

Maut selepas bergaduh ketika mabuk

Maut selepas bergaduh ketika mabuk
Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 50-an terbabit ditemui dalam keadaan cedera parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.



Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa yang kedua-duanya dalam keadaan mabuk.

“Suspek dipercayai telah memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan kepala,” katanya.



Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



Maut selepas bergaduh ketika mabuk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading