Suami isteri maut nahas dengan trak tentera

Suami isteri maut nahas dengan trak tentera

Suami isteri maut nahas dengan trak tentera
Anggota bomba memadam kebakaran motosikal yang ditunggangi pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 87, Lebuhraya UTARA Selatan, arah selatan, hari ini. – Foto NSTP/Ihsan Bomba

GURUN: Suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, hari ini.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu turut menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan berkenaan terbakar.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ridzuan Salleh, 42, dan isterinya, Rosmawati Ismail, 39.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata sepasukan anggota bersama dua jentera dari BBP Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.01 petang.



Suami isteri maut nahas dengan trak tentera
Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, hari ini. – Foto NSTP/Ihsan Pembaca

Katanya, setiba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan trak tentera di situ.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suami isteri maut nahas dengan trak tentera




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading