Chegu Bard Raja Auta Malaya
@acik.mantera
Chegu Bard Raja Auta Malaya
Penulis mendapat kiriman video Chegu Bard yang bersungguh-sungguh memberikan pencerahan tentang perjanjian sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
Menurut Chegu Bard, perdana menteri Anwar Ibrahim telah menjual kedaulatan negara kepada Indonesia melalui perjanjian tersebut.
Chegu Bard juga menuduh Anwar merahsiakan isi kandungan perjanjian tersebut, malah menteri kabinet sendiri tidak dimaklumkan.
Anwar juga dituduh telah mengenepikan semua nasihat yang diberikan supaya tidak menandatangani perjanjian tersebut.
Dalam artikata lain, Chegu Bard tuduh Anwar membuat keputusan sendiri.
@acik.mantera
Kita dengar penjelasan Anwar di dalam parlimen, di hadapan boss besar Chegu Bard, Muhyiddin Yasin.
Anwar menjelaskan, Menteri Luar dan Kementerian Luar bertanggungjawab memperincikan isi kandungan perjanjian tersebut.
Dan ianya dilakukan selepas perbincangan dan mendapat nasihat dari Jabatan Maritim dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEN).
Selepas itu ianya dibawa kepada perbincangan dengan Peguam Negara.
Jadi mana asasnya dakwaan Chegu Bard tidak ada satu pihak pun yang tahu tentang isi kandungan perjanjian tersebut?
Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Chegu Bard adalah mengenai perjanjian sempadan antara Malaysia dan Indonesia di Sabah.
Menurut Chegu Bard, hasil dari perjanjian tersebut, telaga minyak yang bernilai USD1.9 trilion telah Anwar serahkan kepada Indonesia.
@acik.mantera
Kita dengar penjelasan Anwar dalam parlimen, di hadapan big boss Chegu Bard, Muhyiddin Yasin.
Anwar menjelaskan, pertikaian sempadan Malaysia dan Indonesia di Sabah, tidak ada sebarang perjanjian ditandatangani.
Malah kerajaan Malaysia tidak bersetuju serta perkara ini masih di peringkat rundingan lagi.
Jadi telaga minyak mana yang Chegu Bard kata sudah diserahkan kepada Indonesia?
Telaga minyak dhab belakang rumah Chegu Bard kot, pasal tu yang nampak marah sangat…😜😜😜
Chegu Bard Raja Auta Malaya
Sebenarnya Chegu Bard bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti untuk dipercayai apa yang keluar dari mulut beliau.
Bukan sekali, malah sudah berkali-kali, beliau dikaitkan dengan membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah.
Tapi biasalah, kerana Muhyiddin tidak ada pilihan, terpaksa jugalah gunakan Chegu Bard.
Seperti kata pepatah, tak ada rotan, akar pun berguna juga, tapi taraf Chegu Bard ibarat tali rapiah reput, pun bolehlah juga…😂😂😂
Chegu Bard Raja Auta Malaya
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan
- Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan
- UMNO Mesti Segera Berikan Penjelasan Yang Betul Mengenai Isu Ucapan Anwar Di Dewan Negara
- Senyuman Kelat Muhyiddin Dalam Pertemuan Dengan KJ