Polis kesan enam lagi warga asing untuk diekstradisi
Polis kesan enam lagi warga asing untuk diekstradisi
KANGAR: Polis sedang mengesan enam lagi warga asing yang berada dalam senarai dikehendaki Kerajaan Malaysia untuk diekstradisi ke negara ini kerana disyaki terbabit pemerdagangan manusia di Wang Kelian, sekitar 2015.
Daripada enam individu berkenaan, lima suspek adalah warga Thailand dan seorang lagi warga Bangladesh.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand (RTP) dan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam mengesan suspek.
Setakat ini, katanya, enam individu berkenaan berada dalam senarai ‘notis merah’ Interpol dan kami sedang bekerjasama dengan kedua-dua agensi polis berkenaan untuk dibawa ke negara ini.
“Kami percaya bahawa individu yang dikehendaki ini mempunyai kaitan dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang pernah berlaku di Wang Kelian pada 2015,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Ekonomi tidak berfungsi, elok mansuhkan jawatan ,kata Sharir Samad.
- PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri
Setakat ini, sembilan lelaki warga asing termasuk lima daripadanya yang berada dalam senarai ‘notis merah’ Interpol sudah pun dituduh di Mahkamah Kangar.
Baderulhisham berkata, secara keseluruhan, 15 warga asing dikehendaki dalam kes ini dan daripada jumlah itu, sembilan sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sejak 2015.
Katanya, empat warga asing yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Thailand dituduh di mahkamah pada 2015 dan 2016.
“Tahun lalu pula, seorang warga Thailand dihadapkan ke mahkamah sebelum empat lagi warga Thailand diheret ke mahkamah sama hari ini atas kesalahan sama, yang mana kelima-lima mereka berada dalam ‘notis merah’ Interpol,” katanya.
Mengulas lanjut proses ekstradisi berkenaan, Superintendan Siasatan/Koordinasi, Bahagian D3, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Superintendan Wan Zulkifly Sahabaludin berkata, proses ekstradisi empat suspek warga Thailand semalam berjalan dengan lancar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan
- Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah
- Chegu Bard Raja Auta Malaya
“Proses ekstradisi dibantu Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Butterworth menggunakan aset TUDM menerusi penerbangan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar dan mendarat jam 2.20 petang sebelum dibawa ke Pusat Koreksional Perlis,’ katanya.
Pada Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia menemui 139 kubur mengandungi 106 mayat di beberapa kem tahanan penyeludupan manusia yang terbiar di Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma, tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand.
Pada bulan sama, 36 mayat ditemui di sekitar kawasan sama dalam kawasan Thailand, yang mana susulan penemuan berkenaan, kerajaan kedua-dua negara melancarkan gerakan besar-besaran terhadap aktiviti penyeludupan manusia.
Polis kesan enam lagi warga asing untuk diekstradisi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :