Salah ‘idaman’ kelab Arab Saudi, tak mahu pemain ‘pencen’

Salah ‘idaman’ kelab Arab Saudi, tak mahu pemain ‘pencen’

Salah 'idaman' kelab Arab Saudi, tak mahu pemain 'pencen'
Pemain Liverpool, Mohamed Salah kini menjadi sasaran kelab Arab Saudi selepas beberapa nama besar berhijrah ke negara berkenaan. – AFP

LONDON: Bintang Liverpool Mohamed Salah menjadi sasaran untuk beraksi di Liga Pro Saudi, menurut Hafez Al-Medlej yang menjadi pengarah di Persekutuan Bola Sepak Asia dan Liga Pro Saudi sejak beberapa tahun lalu.

Beliau mengesahkan revolusi Saudi tidak hanya terhad kepada pemain yang berada di penghujung karier tetapi juga mereka yang masih di kemuncak prestasi.

Beberapa minggu lalu, pemain bintang seperti Karim Benzema, N’Golo Kante, Ruben Neves dan malah pengurus, Steven Gerrard kesemunya berpindah ke Timur Tengah dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi membeli empat kelab besar serta membawa masuk pemain ternama yang beraksi di Eropah.

“Kami hanya baru bermula,” kata Al-Medlej kepada media. “Semua perpindahan pemain bola sepak kini menjadi sasaran kelab Saudi.



“Kami tidak menandatangani pemain yang sudah ‘pencen’. Al Hilal bakal mendapatkan Ruben Neves, berusia 26 tahun yang menjadi idaman Barcelona.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian


“Benzema sudah pun tiba di Al Ittihad selepas meraih Ballon d’Or dengan Real Madrid yang bergelut mencari penggantinya.



“Mari kita berharap agar Bernardo Silva, dari Manchester City tiba di sini. Kami juga perlu memulakan usaha menandatangani Mohamed Salah kerana dia sangat popular di dunia Arab dan Eropah.

“Saya fikir Salah masih mempunyai rekod untuk dipecahkan bersama Liverpool, jadi jika dia tidak dapat datang sekarang, dia akan beraksi di Arab Saudi pada masa depan.”

Tahun lalu Salah menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool sekali gus menyatakan komitmennya dengan Reds tetapi kegagalan kelab layak ke Liga Juara-Juara mencetuskan spekulasi sejak beberapa bulan lalu yang dia mungkin meninggalkan Anfield.

Pada Mac lalu, media Perancis FootMercato mendakwa bintang Mesir itu berminat berpindah ke La Liga.



Salah mempunyai baki kontrak dua tahun pada musim panas ini. – AGENSI

Salah ‘idaman’ kelab Arab Saudi, tak mahu pemain ‘pencen’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button