Guna logo halal palsu pada botol susu kacang soya, pemilik perniagaan ditahan
Guna logo halal palsu pada botol susu kacang soya, pemilik perniagaan ditahan
TELUK INTAN: Bukan sekadar mengubah suai premis kediaman sebagai tempat memproses makanan dan minuman, pemilik premis di kawasan Hutan Melintang, di sini juga menggunakan logo halal palsu pada produk susu kacang soya keluarannya.
Kegiatan perniagaan itu terbongkar ketika serbuan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan Majlis Perbandaran Teluk Intan menerusi Ops Logo Halal Palsu, jam 11 pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata operasi adalah hasil risikan pihaknya selama beberapa hari di kawasan berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan di premis berkenaan mendapati terdapat susu kacang soya yang sudah siap diproses dan dibotolkan disyaki menggunakan logo halal palsu untuk diedarkan ke kedai runcit di sekitar Teluk Intan.
“Premis kediaman berkenaan disyaki beroperasi menggunakan logo halal tanpa perakuan dan kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
“Semakan awal Bahagian Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan mereka tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk menggunakan logo halal pada produknya.
“KPDN Teluk Intan bertindak menyita 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label yang mempunyai logo halal. Seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik perniagaan turut ditahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,182.50.
Mohamed Aznanshah menegaskan agar pihak industri yang terbabit berhenti mengelirukan pengguna dengan sijil dan logo halal tanpa kebenaran atau palsu bagi melariskan jualan.
“Orang awam juga dinasihatkan memilih premis dan produk yang ada sijil halal yang sah dengan melayari www.halal.gov.my,” katanya.
Kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Guna logo halal palsu pada botol susu kacang soya, pemilik perniagaan ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib