Ahli perniagaan bebas tuduhan menipu beli pegangan pesawat, helikopter

Ahli perniagaan bebas tuduhan menipu beli pegangan pesawat, helikopter

Ahli perniagaan bebas tuduhan menipu beli pegangan pesawat, helikopter
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, hari ini, dilepas dan dibebaskan atas dua tuduhan menipu pembelian milikan pegangan pesawat dan helikopter lebih RM7 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie membabitkan Datuk Ismail Hassan, 59.

Kamarudin berkata, mahkamah mendapati tidak wujud elemen pernyataan palsu dan niat tidak jujur oleh Ismail dalam pertuduhan pertama.



“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh tidak pernah berjanji untuk membeli pesawat itu dan mengeluarkan dua cek.

“Pembelian yang dikatakan itu adalah daripada kehendak pengadu sendiri mengikut rantaian perbualan WhatApp antara tertuduh dan pengadu, yang mana pengadu ingin menjual pegangannya atas pesawat itu serta desakan pengadu ke atas tertuduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Oleh itu, mahkamah melihat tiada perbuatan pemerdayaan atau pernyataan tidak jujur daripada tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan, manakala Ismail diwakili peguam, Datuk Zainal Omar dan Ahmad Fadli Salleh.

Mengikut tuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa beliau hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX) dengan harga RM7,092,995.

Tertuduh dikatakan menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa sedangkan beliau mengetahui bahawa kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.



Kesalahan di sebuah firma guaman di Solaris Dutamas, Sentul di sini pada 21 Februari 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Bagi pertuduhan kedua, Ismail sebagai seorang muflis yang belum dilepaskan memasuki satu perjanjian pinjaman bertarikh 29 November 2017 dengan lelaki sama bagi tujuan pembelian pesawat dan helikopter sama, serta penubuhan sebuah syarikat menjalankan perniagaan penyewaan pesawat di negara ini.

Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat di Jalan Pinang, Dang Wangi di sini pada 29 November 2017, mengikut Seksyen 109(1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berhubung pertuduhan kedua, Kamarudin berkata berdasarkan keterangan saksi, mahkamah mendapati ada surat dari Jabatan Insolvensi dikeluarkan kepada tertuduh sejak 6 September 2016.

“Surat itu menyatakan bahawa tertuduh dibenarkan menjalankan tugas sebagai perunding syarikat tanpa apa-apa syarat sekatan lain, namun tertuduh tidak boleh menjadi penjamin bagi pinjaman kepada syarikat itu atau mana-mana pihak.



“Walaupun tanpa pelepasan dari seorang muflis, namun dengan adanya surat kebenaran itu ia memadai untuk tertuduh melaksanakan apa-apa perkara berkaitan perjalanan syarikat.

“Ia kerana dalam pengetahuan pihak insolvensi yang menimbang dengan halus akan baik dan buruknya kemampuan serta keupayaan tertuduh sebelum surat kebenaran menjalankan tugas itu dikeluarkan,” katanya.

Ahli perniagaan bebas tuduhan menipu beli pegangan pesawat, helikopter


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading