Pita Limjaroenrat dakwa terima sokongan mencukupi untuk jadi PM Thailand

Pita Limjaroenrat dakwa terima sokongan mencukupi untuk jadi PM Thailand

Pita Limjaroenrat dakwa terima sokongan mencukupi untuk jadi PM Thailand
PITA LIMJAROENRAT

BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat mendakwa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi dalam Dewan Senat untuk menjadi Perdana Menteri negara itu.

Pita yang juga Ketua Parti Move Forward berdepan laluan tidak menentu untuk mendapatkan jawatan nombor satu negara itu walaupun beliau mencatat kemenangan menakjubkan pada pilihan raya sebelum ini.

Mengikut perlembagaan untuk menjadi Perdana Menteri, Pita memerlukan sekurang-kurangnya 376 undi dalam sidang Parlimen bersama badan perundangan dwikameral, termasuk dewan tertinggi membabitkan 250 anggota yang kebanyakannya dipilih oleh tentera apabila mengambil alih kuasa pada 2014.



Parti Move Forward mendakwa, undang-undang yang menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dianggap sebagai kesalahan terhadap pemerintahan monarki dan digunakan sebagai alat politik terhadap penentang kerajaan Thailand ketika ini.

Menurut Pita, parti yang diterajuinya itu sedang dalam proses menjelaskan status kepada senator menjelang hari pengundian di Parlimen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN




“Meminda undang-undang mengikut konteks masyarakat bukanlah sesuatu yang akan menghalang pembentukan kerajaan,” katanya.

Parlimen Thailand dijangka mengundi jawatan Perdana Menteri pada 13 Julai ini.

Parti Move Forward mencatatkan kemenangan luar biasa dalam pilihan raya pada 14 Mei lalu dan diekori rapat oleh parti Pheu Thai, menewaskan parti lawan yang juga sekutu tentera diraja selepas sembilan tahun Thailand diperintah kerajaan pimpinan atau disokong tentera.

Gabungan lapan parti yang menjadi pembangkang sebelum ini dijangka menyokong pemimpin lulusan Harvard daripada Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan bulan depan.



Gabungan itu memiliki 321 kerusi, namun masih tidak mencukupi kerana memerlukan sekurang-kurangnya 376 kerusi untuk menang undian memilih Perdana Menteri.

Untuk melantik Pita sebagai Perdana Menteri Thailand, gabungan itu memerlukan majoriti daripada 500 kerusi Dewan Rakyat dan 250 kerusi Senat, namun ahli senator sedia ada dilantik ketika pentadbiran tentera selepas rampasan kuasa pada 2014.

Parti Move Forward menang pilihan raya menerusi platform antipentadbiran, sekali gus bertentangan dengan jeneral tentera konservatif dan elit perniagaan lama yang mengawal politik Thailand sejak sekian lama. – REUTERS

Pita Limjaroenrat dakwa terima sokongan mencukupi untuk jadi PM Thailand


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button